TENTANG DINARKINI.COM
DinarKini.Com milik sebuah syarikat Emaskini Trading ( KT0272715-D ) yang mana ibupejabat terletak di Kelantan.Secara asasnya syarikat kami menyediakan khidmat nasihat mengenai PELABURAN EMAS/PERAK FIZIKAL , MENJUAL & MEMBELI EMAS /PERAK DALAM BENTUK SYILING/BAR/DINAR/DIRHAM . Secara khususnya DinarKini.Com ditadbir oleh rakan niaga Emaskini Trading iaitu saudara Shahrul Azmi & Puan Asmaliza.Perkhidmatan kami merangkumi semua negeri di Malaysia.
TENTANG DINAR DAN DIRHAM
Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
DINAR adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.
DIRHAM pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’ .